E-Learning- Pengenalan Kuiz “Action Verbs” Bahagian 3
30 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29/06/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas E-learning bersama pelajar sekolah menegah iaitu kuiz ‘Action Verbs’ ataupun kata kerja sambungan dari sesi kelas bahagian 2. Kelas diadakan pada 10 pagi dan berakhir jam 11 pagi. Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengeplorasi diri mereka Dimana mereka mecari dan mempraktikkan kata kerja selain meneroka senario, membongkar nuansa bahasa dan mengasah keupayaan mereka untuk mengenali komponen penting tatabahasa ini.
Para pelajar cuba menyelesaikan kuiz yang diberikan pengajar NADI tentang kata kerja, dan serta apakah tindakan yang ada pada kata kerja tersebut. Selain itu, mereka dapat menambah pengalaman mereka dalam menggunakan kata kerja dalam Pelajaran mereka disekolah. Di akhir kelas ini, para pelajar disuruh untuk menunjukkan hasil karya mereka sendiri dan membentangkan kata kerja yang mereka dapatkan dalam kuiz tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: